Skip to content
Wakaf Quran Online
DAFTAR AFFILIATE
Wakaf Quran Online
Daftar Affiliate

My account

Login

Lost your password?

SOALAN-SOALAN LAZIM (F.A.Q)

Ini merupakan soalan-soalan yang sering ditanya oleh para pewakaf kami

Wakafquran.online Di Uruskan Oleh Siapa?

wakafquran.online diuruskan oleh Yayasan berdaftar di bawah KPDNHEP iaitu Yayasan Mukhriz yang beralamat di No. 28-2 Jalan LGSB 1/2, Pusat Komersial LGSB, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

Siapakah Yang Boleh Menyertai Program Ini?
  • Semua orang, syarikat, NGO, koperasi, masjid atau orang perseorangan.
Berapakah Nilai Minima Untuk Berwakaf Al-Quran?
  • Anda boleh berwakaf serendah RM20 untuk satu penama. Anda juga akan menerima sijil digital penyertaan, resit digital dan nama pewakaf akan di cetak di dalam Al-Quran.
Apa Yang Saya Dapat Apabila Menyertai Wakaf Al-Quran?
  • Anda akan menerima sijil digital tertera nama pewakaf, resit digital nama pewakaf, nama pewakaf akan di cetak di dalam Al-Quran, pengecualian cukai pendapatan dan nama pewakaf di website.
Kemana Al-Quran Ini Akan Di Edarkan?
  • Al-Quran akan di edarkan kepada Pusat Tahfiz, Madrasah, Sekolah Agama, Persatuan Mualaf, Agensi Kerajaan, mangsa bencana alam dan dengan kata lain, mereka yang memerlukan.
Saya Nak Wakafkan Untuk Mak Ayah Atau Ahli Keluarga Yang Telah Meninggal, Boleh Ke?
  • Boleh, wakaf di lakukan oleh kita yang masih hidup untuk di sedekah kan pahala berpanjangan untuk arwah.
Wakafquran.online Sudah Berapa Lama?
  • Program wakaf Al-Quran bermula sejak 2019 secara offline anjuran Yayasan Mukhriz dan atas permintaan ramai yang ingin melakukan secara online maka kami mengambil inisiatif menubuhkan wakafquran.online pada tahun 2023 bagi memudahkan berwakaf secara mudah di online agar manfaat dapat dikongsi bersama.
Adakah Saya Boleh Menjadi Wakil Yayasan Untuk Menjalankan Program Ini?
  • Dialu-alukan melalui system pekerja atau system wakil Yayasan.
Di Mana Saya Boleh Bertanya Dengan Pegawai Bertugas?
  • Tekan butang WhatsApp. Dengan tekan butang diatas, anda akan dibawa ke WhatsApp pegawai yang bertugas. Mereka anda membantu anda jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Copyright © Yayasan Mukhriz | 201901026108 (1335437-K). All rights reserved.

Open chat
Powered by Joinchat
Assalamualaikum 👋
Boleh kami bantu anda?